Koleksi tips dan petua Membasuh pakaian bundle by Be zam


3 hari lepas be zam tulis cara nak cuci baju putih yang  terkena warna lain.Lepas tu macam2 soalan kau tanya.Jadi,kat sini be zam himpunkan semua soalan dan jawapan nya sekali.Lepas ni kau tak perlu risau dah. kalau baju terkena kotoran,rujuk lah kat sini..Sabun yang ada tu kau simpan lah elok elok .Jangan sesekali bermain sabun sorang2.Be zam risau kau tu bukan boleh harap sangat.Baju tak basuh lain yang berbuih.

1.Baju ada kesan kuning bawah ketiak

  • Mula2 gunakan campuran baking soda dan air. 
  • Taburkan di bahagian baju yang kotor. gosok dan bilas.
  • juga boleh perahkan limau nipis di bahagian ketiak baju dengan biarkan seketika. Kemudian letak sabun basuh lalu cuci seperti biasa. Ulangi sampai kesan kuning hilang.


2. Baju kena 'petik sawa' a.k.a tahi lalat.
Yang ni ramai kengkawan tanya be zam.cara nya. 

  • Hilangkan kesan tahi lalat pada baju putih dengan Campur cuka ke dalam setengah liter air.
  • Kemudian rendam SEMALAMAN pakaian anda yang terkena tahi lalat tadi dalam campuran air cuka tadi
  • Keesokan hari cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa.
  • Atau gosok pakaian yang terkena tahi lalat dengan air limau nipis dan garam. 
  • Seterusnya jemur di bawah matahari terik. Selepas kering, ulang perkara yang sama sehingga tahi lalat atau kulat tadi hilang.


3. Baju terkena minyak
  • Cara mudah untuk mengatasinya dengan sapukan sedikit marjerin pada bahagian pakaian yang terkena tompokan minyak
  • Biarkan beberapa minit, kemudian basuh dengan sabun dettol/protect/lifeboy dan bilas seperti biasa.Kesan Minyak akan hilang.


4. Baju Terkena Cat
  • Rendamkan pakaian yang terkena cat dengan minyak tanah terlebih dahulu selama beberapa jam.
  • Jika takda minyak tanah,Boleh guna cuka makan.Rendam kan dengan air panas.
  • Kemudian basuh dengan sabun dan bilas seperti biasa.Insya Allah mujarab.


5. Hilangkan Pakaian Terkena Karat
  • Gaulkan perahan jus dari sebiji limau nipis/cuka makan bersama satu sudu kecil garam halus gaul sehingga sebati.
  • Sapukan sebatian tersebut pada bahagian pakaian yang terkena karat, biarkan beberapa minit, kemudian basuh dengan sabun dan bilas seperti biasa.Karat akan berlalu pergi.Insya Allah.


6. Pakaian terkena darah.
  • Basahkan bahagian yang terkena darah, kemudian gosokkan dengan sabun mandi di bahagian luar dan dalam. 
  • Rendam dalam air dan basuhlah seperti biasa.Petua ni untuk hilangkan darah sahaja.Bukan hilangkan dara.


7. Baju terkena kesan air nescafe/air tin/milo
  • Jangan simpan lama pakaian yang terkena kotoran ini sebaliknya terus basuh cepat-cepat. 
  • Caranya,menggunakan sabun mandi detol/lifeboy/cap burung nuri(sunstroke hijau) dan sental pada bahagian yang terkena tumpahan air tersebut.
  • Kau tonyoh sehingga kotoran hilang


Silakan share jika bermanfaat. Selamat membasuh!!!

Credit: Azam Shah

Ulasan

Catatan Popular