GOUT sembuh atau WANG DI KEMBALIKAN

Penyakit Gout
Sakitnya Tak Terperi

Apa itu gout? Penyakit Gout telah lama wujud dalam masyarakat dunia. Penyakit ini dipercayai wujud kira-kira 2,000 tahun lalu. Ia turut dikenali sebagai “penyakit orang kaya” kerana lazimnya ia disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman berkhasiat tinggi di kalangan mereka yang mempunyai status kewangan kukuh.

Kini Gout menyerang tanpa mengira status dan usia. Jumlah pesakit Gout yang kian bertambah tahun demi tahun amat membimbangkan. Di Malaysia, penyakit Gout Arthritis yang berkaitan sendi lebih banyak dikesan.

Gout adalah penyakit yang “boleh datang dan pergi”. Sekiranya pesakit mematuhi segala pantang larang dari segi pemakanan, ubatan dan gaya hidup, serangan akan berkurangan atau mungkin tidak berlaku langsung. Sebaliknya, jika gagal mematuhi pantang-larang, serangan boleh berulang pada bila-bila masa.

Walaupun pantang larang tetap perlu, apa yang sentiasa diharapkan oleh masyarakat, terutama penghidap Gout ialah ubat paling mujarab bagi merawat penyakit ini.

Punca Gout
Apakah punca penyakit Gout? Gout terjadi akibat pengumpulan asid urik dalam badan melepasi tahap normal, iaitu 7.0mg/dL. Kadar asid urik yang tinggi ini diistilahkan sebagai “Hyperuricemia”.


Tidak semua yang mempunyai tahap asid tinggi dalam badan akan mendapat Gout. Ada peratusan kecil mereka ini kekal bebas Gout.

Gout juga lebih banyak menyerang lelaki berbanding wanita. Wanita berpotensi mendapat Gout hanya selepas putus haid.

Gout adalah satu daripada penyakit arthritis, iaitu penyakit sendi yang dikelaskan sebagai arthritis metabolik. Penyakit Gout adalah berkait rapat dengan pemakanan dan nutrisi individu. Pengambilan makanan berprotein tinggi seperti makanan laut, daging merah dan bijiran berprotein tinggi adalah punca utama Gout.

Pada zaman dahulu, makanan seperti ini hanya mampu diperolehi golongan kaya. Namun, kini banyak makanan yang diproses di kilang, contohnya minuman berkarbonat, menjadikan penyakit ini tular dalam masyarakat secara lebih menyeluruh.

Penularan penyakit ini dalam masyarakat tanpa mengira kedudukan sosioekonomi, sebahagian besarnya ada kaitan dengan pengambilan makanan berprotein tinggi.

Protein adalah molekul besar yang akan dicernakan menjadi sebatian ringkas menerusi proses penguraian dalam metabolisma tubuh manusia. Purin pula ialah satu daripada bentuk sebatian ringkas daripada protein dan akan ditukarkan menjadi asid urik sebelum dirembes keluar dari tubuh menerusi urin.

Natijahnya, pemakanan terlalu tinggi protein, purin dan asid urik ini tidak mampu dibuang secara efisyen dan akan tertumpu pada bahagian sendi serta tisu lembut di sekeliling sendi. Biasanya ia berlaku pada kaki dan akan menyebabkan rasa menyucuk serta bengkak yang terlalu sakit.

Asid urik yang berada terlalu lama dalam badan akan mendap dan menghasilkan hablur garam. Hablur garam inilah akan menyebabkan rasa sakit pada sendi. Bahagian tubuh yang biasanya terkesan dengan Gout ialah tapak ibu jari kaki dan kaki sebelum menular ke sendi lain.

Tanda-tanda Penyakit Gout
Jika anda sering mengalami sakit sendi, apakah anda mempunyai risiko mendapat Gout? Berikut ialah tanda yang boleh dijadikan panduan mengenali Gout:

Sakit itu menyerang ibu jari kaki dan ia menjadi panas, merah, bengkak serta amat sakit. Ketika serangan, geseran kecil seperti terkena kain juga akan menyebabkan kesakitan.Serangan secara kerap dan tiba-tiba. Tempoh sakit boleh berlarutan hingga satu minggu ke dua minggu.Muncul benjolan pada sendi.Kerap kencing.Sakit pada sendi seperti kaki, lutut, pergelangan kaki dan tangan.

Makanan untuk Pesakit Gout
Pemakanan satu daripada faktor penting untuk pesakit Gout. Ia adalah perkara asas bagi meneruskan kehidupan.

Berikut ialah makanan yang mampu merawat dan mengurangkan kesakitan ketika serangan Gout.

1. Air Kosong
Banyakkan mengambil air kosong bagi memudahkan proses melarutkan Asid Urik dan hablur garam yang terkumpul di dalam tubuh. Kadar pengambilan air bagi individu normal ialah lapan gelas sehari manakala bagi pesakit gout sekurang-kurangnya 10 gelas atau 16 gelas apabila diserang Gout.

Ini supaya Asid Urik berlebihan dapat dilarutkan dengan air, sekali gus mempercepatkan proses penyingkiran dan mengurangkan kadar asid urik dalam badan.

2. Susu atau Yogurt
Pengambilan produk bersifat alkali adalah tindakan yang bijak. Ia mampu meneutralkan kadar Asid Urik yang tinggi dan memudahkan proses penyingkirannya dari tubuh.

3. Buahan
Diet yang mengutamakan buahan amat bagus untuk kesihatan manusia. Begitu juga di dalam soal makanan untuk pesakit Gout. Sebagai contoh, pengambilan pisang yang kaya dengan potassium akan menukarkan Asid Urik kepada cecair, seterusnya dikeluarkan sebagai urin.

Membiasakan memakan epal sejam selepas makan juga mampu mengurangkan serangan Gout. Asid Malik (malic asid) yang boleh didapati di dalam epal mampu meneutralkan Asid Urik di dalam badan.

Ini juga termasuk satu daripada petua merawat Gout. Selain itu, buahan citrus seperti nenas, oren dan limau gedang juga bagus. Vitamin C yang terdapat di dalamnya dapat mengurangkan kadar asid urik. Namun, perlu berhati-hati kerana buahan juga tinggi dengan fruktosa yang menjadi penyebab penghasilan Asid Urik di dalam badan.

4. Herba dan Bahan Asas Masakan
Halia dan kunyit mempunyai sifat anti-radang yang dapat mengurangkan efek keradangan apabila serangan berlaku. Cuka buah buahan seperti buah teen dan epal juga terkenal dengan sifat asid yang mampu mengurangkan asid urik.

5. Protein dari Bijian
Sumber gantian protein berasaskan kekacang, iaitu legume seperti kacang tanah dan bijirin-bijirin lain dalam kuantiti rendah juga bagus untuk pesakit Gout. Jika memerlukan sumber protein berasaskan haiwan, kurangkan pengambilan daging merah, sebaliknya banyakkan pengambilan protein dari daging putih, iaitu ayam.

6. Ceri
Buah kecil berwarna merah-ungu ini dipercayai dapat mengurangkan kesakitan pesakit Gout. Pigmen merah-ungu mengandungi Anthocyanins yang tinggi dengan sifat anti-radang dan anti-oksida dapat membantu melindungi pesakit.

Ceri bukan sahaja dikatakan mampu merendahkan tahap Asid Urik, malah mencegah Gout. Justeru, amat disarankan pesakit Gout mengamalkan sekurang-kurangnya 25 biji hingga 30 biji ceri setiap hari.

Pantang Gout
Penghidap perlu mematuhi beberapa pantang larang Gout bagi mengelak serangan menjadi makin teruk atau komplikasi kesan pengurusan diri yang tidak selari dengan penyakit ini.

1. Preskripsi ubat
Perkara paling penting jika menghidap Gout ialah mesti berjumpa doktor bertauliah untuk memastikan tahap serta jenis gout yang dihidapi. Biasanya Gout yang dihidapi pesakit di negara ini ialah Arthritis Gout (Gouty Arthritis).

Pastikan preskripsi ubat yang diberi dan patuhi jadual pengambilannya. Jangan hentikan pengambilan ubat hospital atau klinik kesihatan tanpa kebenaran doktor.

Pastikan juga ubat Gout farmasi diberikan oleh ahli farmasi bertauliah, bukan kakitangan jualan biasa.

2. Berhati-hati Makanan Tambahan
Di samping itu, pengambilan makanan tambahan yang banyak di pasaran tanpa merujuk kepada doktor adalah tindakan yang sangat berisiko. Kebanyakan produk di pasaran mengandungi steroid tinggi.

Walaupun produk seperti ini memberi kesan cepat, ia mungkin menjadi penyebab kepada penyakit kronik lain seperti batu karang dan buah pinggang dalam jangka panjang.

3. Rehat
Pastikan anda merehatkan sendi yang sakit ketika serangan berlaku. Ini akan mengurangkan risiko serta komplikasi, termasuk kerosakan teruk pada sendi.

4. Minuman Beralkohol
Minuman beralkohol sangat memberi kesan bahaya kepada pengidap gout. Ketika proses penguraian jisim di dalam tubuh, alkohol dicerna menjadi asid urik. Walaupun telah terungkai kepada molekul kecil, kadar penyerapan alkohol ke dalam buah pinggang, seterusnya ke dalam sistem kumbahan menerusi urin adalah rendah.

5. Makanan Laut
Umum mengakui makanan laut dan pesakit gout bukan satu kombinasi yang bagus. Ini kerana kandungan purin di dalam makanan laut sangat tinggi, terutama makanan laut bercengkerang seperti udang dan ketam.

6. Organ Dalaman dan Hati
Pemakanan organ dalaman yang tinggi purin, iaitu protein yang akan bertukar menjadi asid urik, akan menyebabkan serangan Gout. Selain itu, pesakit Gout perlu berhati-hati mengambil daging merah kerana ia mengandungi kadar purin tinggi berbanding daging putih seperti ayam.

7. Minuman Berkarbonat
Fruktos daripada sirap jagung dan menjadi bahan pemanis di dalam minuman berkarbonat sangat berisiko bagi penghidap Gout. Fruktos yang tercerna akan merembeskan Asid Urik.

Petua Hilangkan Penyakit Gout
Gout adalah penyakit berkaitan pola pemakanan tidak tepat. Menariknya ialah Gout boleh sembuh. Rawatannya boleh untuk jangka pendek dan jangka panjang. Berikut ialah beberapa kaedah merawat penyakit ini.

Mereka yang masih dalam simptom awal Gout dan serangan jarang berlaku perlu mengamalkan gaya hidup sihat serta diet seimbang. Pengurangan makanan berprotein tinggi, pengambilan air kosong dalam kuantiti banyak serta bersenam adalah petua yang sangat bagus.

Bersenam dapat membantu proses pengeluaran peluh dan perkumuhan Asid Urik dari tubuh. Pastikan Indeks Berat Badan (Body Mass Index – BMI) di bawah 23. Ini kerana berat badan berlebihanboleh mengganggu sistem tubuh, sekali gus mengganggu perembesan Asid Urik.

Justeru, membiasakan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu selama 30 minit setiap sesi mampu mengurangkan risiko serangan Gout.


Seperti penyakit lain, Gout bermula dengan pemakanan. Penyelesaiannya, disiplinkan diri dengan mengamalkan gaya hidup sihat serta pemakanan seimbang. Mencegah lebih mudah berbanding mengubati.

(Faebr 1x & ProGest 2x)
HARGA RM278.00
+RM10 postage seluruh malaysia

Untuk rawatan yang paling berkesan merawat masalah GOUT adalah dengan menggunakan 2 product di atas (Faebr + ProGest) Gout anda akan sembuh atau wang dikembalikan.
HUBUNGI KAMI : 017-9139903


Cara Pengambilan
Ambil faebr 1 kali sehari. Ambil waktu petang 1 sechet bersama air 250ml. Kongcang sehingga sebati dan terus minum.

Ambil progest 20ml 3 kali sehari pagi, petang dan malam

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan Popular