Tentang Channel TV Free


Umum mengetahui bahawasanya Negara kita didominasi oleh Siaran TV Satelit Berbayar iaitu Astro sejak sekian lama tanpa kewujudan Syarikat Penyedia Satelit pesaing yang membataskan pilihan bagi rakyat Malaysia yang terpaksa melanggan dengan membayar khidmat bulanan sekurang-kurangnya RM 25.00 sebulan. Berikut merupakan perkhidmatan Siaran Televisyen yang ada di Malaysia :



1. Astro
merupakan penyedia perkhidmatan televisyen bersatelit dan radio berbayar pertama di Malaysia, tetapi telah berkembang ke negara Brunei dan Indonesia. Perkhidmatan ini dijalankan di bawah kelolaan All Asia Broadcast Centre (ABC) yang terletak di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Astro dimiliki hak sepenuhnya oleh MEASAT Broadcast Network Systems, di bawah syarikat Astro Malaysia Holdings Bhd. Perkhidmatan penyiaran Astro kini tidak terhad kepada satelit berbayar, bahkan juga menerusi IPTV (Astro IPTV)


2. Astro NJOI
adalah saluran satelit percuma daripada Astro. Ibu pejabatnya terletak di Kuala Lumpur. Memiliki beberapa saluran radio, 24 saluran SDTV dan 5 saluran HDTV. Tetapi pelanggan perlu mengeluarkan belanja RM 285.00 untuk pendaftaran serta diberikan Unit Dekoder Njoi dan RM 100.00 lagi untuk upah pemasangan oleh Kontraktor. Astro NJOI juga menyediakan perkhidmatan untuk pelanggan menonton saluran Tv lain yang terpilih sebagaimana Astro tetapi dengan menggunakan kaedah sistem Tambah-nilai.



3. HyppTV
merupakan perkhidmatan IPTV terulung di Malaysia yang dimiliki oleh Telekom Malaysia (TM). Ia mula-mula diperkenalkan sebagai pelengkap untuk pelanggan perumahan UniFi, tetapi mulai 2013, ia turut dinikmati oleh pelanggan niaga UniFi dan pelanggan Streamyx.



4. Teknologi Terkini iaitu IPTV
IPTV ialah Internet Protocol TV. Dari namanya kita sudah boleh mengetahui apa tujuan IPTV; iaitu untuk menonton TV melalui internet. Jadi jelas dan nyata disini anda tidak memerlukan sebarang dish untuk mendapatkan signal dari satelit, yang anda perlukan ialah internet yang laju. Bermaksud hanya plug and play sahaja dan anda akan terus mendapat siaran.



5. MYTV Broadcasting
Apakah itu Televisyen Terestrial Digital (DTT)?
Negara-negara ASEAN telah menetapkan pelaksanaan penutupan siaran analog (analogue switch off – ASO) secara berperingkat-peringkat antara 2015 sehingga 2020. Untuk memastikan penyeragaman isyarat, negara-negara yang mempunyai sempadan bersama termasuk Malaysia, Thailand, Singapura, Indonesia dan Brunei bersetuju menetapkan 2018 sebagai sasaran pelaksanaan ASO. Projek DTT di Malaysia adalah di bawah naungan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan dipantau oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini adalah sebahagian daripada agenda nasional untuk mentransformasikan industri penyiaran negara melalui pendigitalan dengan tujuan mempertingkatkan taraf hidup rakyat ke arah mencapai status negara maju menjelang 2020. Ia merupakan salah satu inisiatif terpenting dalam Rancangan Malaysia ke-11.

Mengapa berhijrah ke DTT? 
Dengan penghijrahan ini bermakna Malaysia sama-sama mengikuti perkembangan pembangunan teknologi global dan menjadi antara negara pertama di Asia Tenggara yang memeterai perjanjian tersebut. Penghijrahan digital di seluruh dunia itu didorong untuk tujuan menyebarkan spektrum bernilai yang boleh digunakan untuk perkhidmatan telekomunikasi terestrial dan radio.

Unit Decoder DVB-T2 (Free Aerial UHF TD-5E)
HARGA RM150 Biasa RM200

Unit Decoder Percuma yang hanya diberikan kepada rakyat yang terpilih

Apakah manfaat DTT kepada pengguna dan penonton?
DTT membantu merapatkan jurang digital, terutamanya di kawasan-kawasan terpencil. Menerusi DTT, rakyat Malaysia akan menikmati banyak manfaat seperti kualiti gambar dan bunyi yang lebih baik, lebih banyak saluran siaran percuma, akses kepada panduan program elektronik (EPG), sarikata pelbagai bahasa, dan berkemampuan untuk menonton siaran TV yang berkualiti HD menerusi Siaran Digital myFreeview. Pada masa akan datang penonton juga mempunyai akses kepada perkhidmatan televisyen interaktif termasuk membeli-belah di rumah, menonton video atas permintaan dan perkhidmatan langganan dan internet.

Apakah manfaat DTT kepada pemain industri?
Ini mampu dilakukan memandangkan DTT akan menyediakan kemudahan untuk lebih banyak kandungan dan aplikasi. Pembekal kandungan seperti penyiar televisyen tempatan turut meraih manfaat kerana mereka diberikan peluang baharu untuk memperluaskan jangkauan penonton dan seterusnya mengembangkan perniagaan mereka. Melalui sistem DTT, MYTV menawarkan satu platform saksama yang akan memudahkan aliran pendapatan tambahan bagi semua pembekal kandungan dan aplikasi.

Panduan Penyambungan Antena ke Decoder DVB-T2

Bagaimanakah isyarat DTT dipancarkan?
MYTV menggunakan system pemancaran DTT dengan format DVB-T2. Stesen pemancar dipasang di kawasan tinggi seperti puncak gunung atau menara tinggi untuk mendapatkan liputan pemancaran maksimum menggunakan gelombang Ultra High Frequency (UHF).

Saluran TV yang disediakan buat masa sekarang dan akan ditambah dari semasa ke semasa

Di manakah kawasan liputan siaran DTT?
Setakat ini siaran DTT dipancarkan menerusi 13 stesen pemancar di seluruh negara, meliputi kira-kira 80 peratus kawasan berpenduduk di Malaysia. Sila rujuk Peta Liputan untuk mengetahui sekiranya kawasan anda telahpun mendapat liputan. Objektif kami ialah untuk mempertingkatkan liputan siaran DTT kepada 98 peratus kawasan berpenduduk di Malaysia menjelang 2018.

Apakah saluran yang boleh ditonton menerusi MyFreeview?
Buat masa ini saluran yang disiarkan ialah TV1, TV2, TV3, TV Alhijrah, ntv7, 8TV, TV9 dan Bernama News Channel (BNC). Jumlah saluran akan bertambah dari semasa ke semasa.

Apakah cara untuk menerima siaran MyFreeview?
Alat penerima (dekoder) DVB-T2 perlu digunakan untuk menerima siaran DTT. Antena penerima dari jenis UHF perlu dipasang dan disambung pada terminal antena di panel belakang dekoder. Hanya dekoder DVB-T2 yang dikeluarkan oleh MYTV Broadcasting Sdn Bhd sahaja yang diluluskan Kerajaan untuk kegunaan di Malaysia.

Panduan Lokasi Pemancar MYTV Broadcasting bagi setiap Negeri

Apakah yang akan berlaku sekiranya saya tidak berhijrah ke siaran DTT?
Kerajaan telah merancang untuk menutup siaran TV analog pada tahun 2018. Penduduk Malaysia yang tidak menggunakan siaran DTT atau siaran digital yang lain (satelit dan kabel) tidak akan dapat menonton sebarang siaran televisyen selepas siaran analog ini ditutup.

Bagaimanakah saya mendapatkan set dekoder percuma?
Penerima Unit Dekoder Percuma dipilih dari kalangan 2 juta penerima terbawah dalam senarai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 dan beralamat di kawasan liputan DTT.

Bagaimanakah saya ingin mengetahui sama ada saya salah seorang penerima yang terpilih?
Anda boleh menyemak melalui kaedah-kaedah berikut:

  • Pusat Khidmat Pelanggan MYTV 1300 80 6988.
  • Semakan mySMS 15888: Untuk menyemak, taip MYTV [jarak] DEKODER [jarak] NoKP & SMS ke 15888  Contoh: MYTV DEKODER 800112045378

Jika saya penerima terpilih, bagaimanakah saya akan menerima set dekoder saya?

  • Unit Dekoder Percuma akan dihantar melalui Pos Laju ke alamat berdaftar dengan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

  • Jika Unit Dekoder Percuma gagal diserahkan kepada penerima, ia akan dikembalikan ke Pejabat Pos Laju terdekat dan disimpan selama 14 hari.

  • Sekiranya telah bertukar alamat, penyerahan / pengambilan notis Unit Dekoder Percuma di alamat lama perlu diuruskan sendiri oleh penerima.

  • Jika Unit Dekoder Percuma tidak diambil selepas tempoh tersebut, penghantaran dianggap gagal dan anda akan terkeluar dari senarai penerima.

Kenapakah saya menerima set dekoder percuma ini?
Anda adalah salah seorang rakyat Malaysia yang terpilih untuk menyertai Projek Pendigitalan Penyiaran Nasional.

Bolehkah saya merayu untuk menjadi penerima set dekoder percuma?
Penerima Unit Dekoder Percuma dipilih dari kalangan 2 juta penerima terbawah dalam senarai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 dan beralamat di kawasan liputan siaran DTT. Senarai ini adalah muktamad dan tidak boleh dipinda. Penerima tidak perlu memohon dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

Contoh Aerial Digital TD-5E untuk mendapatkan Siaran MYTV

Saya telah membuat semakan dan saya adalah salah seorang penerima terpilih. Bilakah saya akan menerima set dekoder saya?
Penghantaran set dekoder adalah diuruskan oleh Pos Laju dan akan dihantar terus ke alamat anda yang berdaftar. Proses penghantaran akan dijalankan secara berperingkat-peringkat bermula September 2016 sehingga Ogos 2017.

Bolehkah set dekoder percuma ini dipindah milik?
Set dekoder percuma adalah khusus untuk anda dan tidak boleh dipindah milik, tetapi anda boleh membenarkannya untuk digunakan di alamat yang berbeza. Bagaimanapun anda sebagai penerima adalah bertanggungjawab terhadap set dekoder tersebut.

Bolehkah set dekoder ini dijual?
Set dekoder percuma tidak boleh dijual. Anda sebagai penerima adalah bertanggungjawab terhadap set dekoder tersebut.

Bagaimanakah cara pemasangan dekoder MYTV ini?
Pemasangan dekoder MYTV adalah sangat mudah dengan beberapa langkah ringkas sahaja. Sila rujuk Panduan Pemasangan yang disertakan bersama set dekoder. Sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV 1300 80 6988.

Adakah pemasangan alat dekoder ini dikenakan bayaran?
Penerima dinasihatkan untuk membuat pemasangan sendiri yang boleh dibuat dengan beberapa langkah mudah sahaja. Penerima boleh terlebih dahulu mencuba menggunakan peralatan antena yang sedia ada di rumah. Panduan Pemasangan turut disertakan. Bagaimanapun sekiranya penerima memerlukan bantuan pemasangan antena luaran, caj pemasangan sebanyak RM180 (termasuk antena dan pendawaian) akan dikenakan. Bagi yang memerlukan bantuan teknikal selain daripada pemasangan antena pula, caj minimum sebanyak RM50 akan dikenakan.

Apakah jenis antena yang boleh menerima siaran DTT?
Terdapat dua jenis antena UHF iaitu antena dalaman dan antena luaran (jenis UHF). Antena dalaman boleh menerima siaran bagi kawasan dalam lingkungan jarak lurus kurang dari 25km dari stesen pemancar. Bagaimanapun, tidak semua kawasan dalam lingkungan tersebut boleh menggunakan antena dalaman disebabkan faktor halangan fizikal seperti bangunan, bukit serta ketinggian (altitud).

Bagaimanakah saya memilih antena yang sesuai untuk digunakan?
Antena UHF luaran adalah pilihan yang terbaik. Bagaimanapun antenna UHF dalaman juga boleh digunakan sekiranya anda tinggal dalam lingkungan jarak lurus kurang dari 25km dari stesen pemancar. Anda disarankan untuk cuba menggunakan antena dalaman ataupun luaran yang sedia ada terlebih dahulu. Sila rujuk peta liputan untuk mengetahui stesen pemancar terdekat bagi kawasan anda.

TD-5E Good quality for coverage between 0 - 80km from your place to nearest station.
HARGA RM30   Biasa RM55

TD-14E Good quality for coverage between 100 - 120km from your place to nearest station.
HARGA RM50   Biasa RM90

Apakah yang perlu saya buat sekiranya memerlukan bantuan pemasangan?
Sekiranya anda memerlukan bantuan untuk pemasangan antena luaran, anda boleh menghubungi pemasang berdaftar kami dari senarai berikut. Caj pemasangan/penyelenggaraan akan dikenakan.

Adakah alat lain selain dekoder MYTV percuma untuk menerima siaran digital MyFreeview?
Set TV TERKINI dengan ‘built-in DVB-T2 receiver’ atau dikenali dengan iDTV (Integrated Digital Television) boleh menerima siaran MYTV tanpa perlu menggunakan Dekoder DVB-T2 dan hanya perlukan Antenna fungsi Digital sahaja. atau guna decoder DVB-T2 + True Vision

Jenis Aerial Antenna yang diperlukan mengikut jarak lokasi daripada Sistem Pemancar

Bolehkah TV lama iaitu jenis CRT menerima siaran DTT? 
Siaran DTT menggunakan dekoder MYTV boleh diterima menggunakan TV jenis baru dan lama termasuklah TV jenis CRT yang mempunyai terminal masukan audio video (AV Input).

Kesimpulannya, Perkhidmatan TV yang manakan menjadi pilihan anda semestinya perlulah bertanya pada diri sendiri mengikut keperluan dan kemampuan masing-masing, pepatah ada mengatakan  "Tepuk Dada Tanya Selera"


Ulasan

Catatan Popular