Decoder MYTV PERCUMA
Bagaimanakah saya mendapatkan set dekoder percuma?
Penerima Unit Dekoder Percuma dipilih dari kalangan 2 juta penerima terbawah dalam senarai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 dan beralamat di kawasan liputan DTT.
Bagaimanakah saya ingin mengetahui sama ada saya salah seorang penerima yang terpilih?
Anda boleh menyemak melalui kaedah-kaedah berikut:
- Laman web MYTV: www.mytvbroadcasting.my
- Pusat Khidmat Pelanggan MYTV 1300 80 6988.
- Semakan mySMS 15888: Untuk menyemak, taip MYTV [jarak] DEKODER [jarak] NoKP & SMS ke 15888 Contoh: MYTV DEKODER 800112045378
Jika saya penerima terpilih, bagaimanakah saya akan menerima set dekoder saya?
- Unit Dekoder Percuma akan dihantar melalui Pos Laju ke alamat berdaftar dengan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
- Jika Unit Dekoder Percuma gagal diserahkan kepada penerima, ia akan dikembalikan ke Pejabat Pos Laju terdekat dan disimpan selama 14 hari.
- Sekiranya telah bertukar alamat, penyerahan / pengambilan notis Unit Dekoder Percuma di alamat lama perlu diuruskan sendiri oleh penerima.
- Jika Unit Dekoder Percuma tidak diambil selepas tempoh tersebut, penghantaran dianggap gagal dan anda akan terkeluar dari senarai penerima.
Kenapakah saya menerima set dekoder percuma ini?
Anda adalah salah seorang rakyat Malaysia yang terpilih untuk menyertai Projek Pendigitalan Penyiaran Nasional.
Bolehkah saya merayu untuk menjadi penerima set dekoder percuma?
Penerima Unit Dekoder Percuma dipilih dari kalangan 2 juta penerima terbawah dalam senarai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 dan beralamat di kawasan liputan siaran DTT. Senarai ini adalah muktamad dan tidak boleh dipinda. Penerima tidak perlu memohon dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
Contoh Aerial Digital TD-5E untuk mendapatkan Siaran MYTV |
Saya telah membuat semakan dan saya adalah salah seorang penerima terpilih. Bilakah saya akan menerima set dekoder saya?
Penghantaran set dekoder adalah diuruskan oleh Pos Laju dan akan dihantar terus ke alamat anda yang berdaftar. Proses penghantaran akan dijalankan secara berperingkat-peringkat bermula September 2016 sehingga Ogos 2017.
Bolehkah set dekoder percuma ini dipindah milik?
Set dekoder percuma adalah khusus untuk anda dan tidak boleh dipindah milik, tetapi anda boleh membenarkannya untuk digunakan di alamat yang berbeza. Bagaimanapun anda sebagai penerima adalah bertanggungjawab terhadap set dekoder tersebut.
Bolehkah set dekoder ini dijual?
Set dekoder percuma tidak boleh dijual. Anda sebagai penerima adalah bertanggungjawab terhadap set dekoder tersebut.
Bagaimanakah cara pemasangan dekoder MYTV ini?
Pemasangan dekoder MYTV adalah sangat mudah dengan beberapa langkah ringkas sahaja. Sila rujuk Panduan Pemasangan yang disertakan bersama set dekoder. Sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV 1300 80 6988.
Adakah pemasangan alat dekoder ini dikenakan bayaran?
Penerima dinasihatkan untuk membuat pemasangan sendiri yang boleh dibuat dengan beberapa langkah mudah sahaja. Penerima boleh terlebih dahulu mencuba menggunakan peralatan antena yang sedia ada di rumah. Panduan Pemasangan turut disertakan. Bagaimanapun sekiranya penerima memerlukan bantuan pemasangan antena luaran, caj pemasangan sebanyak RM180 (termasuk antena dan pendawaian) akan dikenakan. Bagi yang memerlukan bantuan teknikal selain daripada pemasangan antena pula, caj minimum sebanyak RM50 akan dikenakan.
Apakah jenis antena yang boleh menerima siaran DTT?
Terdapat dua jenis antena UHF iaitu antena dalaman dan antena luaran (jenis UHF). Antena dalaman boleh menerima siaran bagi kawasan dalam lingkungan jarak lurus kurang dari 25km dari stesen pemancar. Bagaimanapun, tidak semua kawasan dalam lingkungan tersebut boleh menggunakan antena dalaman disebabkan faktor halangan fizikal seperti bangunan, bukit serta ketinggian (altitud).
Bagaimanakah saya memilih antena yang sesuai untuk digunakan?
Antena UHF luaran adalah pilihan yang terbaik. Bagaimanapun antenna UHF dalaman juga boleh digunakan sekiranya anda tinggal dalam lingkungan jarak lurus kurang dari 25km dari stesen pemancar. Anda disarankan untuk cuba menggunakan antena dalaman ataupun luaran yang sedia ada terlebih dahulu. Sila rujuk peta liputan untuk mengetahui stesen pemancar terdekat bagi kawasan anda.
TD-5E Good quality for coverage between 0 - 80km from your place to nearest station.
HARGA RM30 Biasa
|
TD-14E Good quality for coverage between 100 - 120km from your place to nearest station.
HARGA RM50 Biasa
|
Apakah yang perlu saya buat sekiranya memerlukan bantuan pemasangan?
Sekiranya anda memerlukan bantuan untuk pemasangan antena luaran, anda boleh menghubungi pemasang berdaftar kami dari senarai berikut. Caj pemasangan/penyelenggaraan akan dikenakan.
Adakah alat lain selain dekoder MYTV percuma untuk menerima siaran digital MyFreeview?
Set TV TERKINI dengan ‘built-in DVB-T2 receiver’ atau dikenali dengan iDTV (Integrated Digital Television) boleh menerima siaran MYTV tanpa perlu menggunakan Dekoder DVB-T2 dan hanya perlukan Antenna fungsi Digital sahaja. atau guna decoder DVB-T2 + True Vision
Jenis Aerial Antenna yang diperlukan mengikut jarak lokasi daripada Sistem Pemancar |
Bolehkah TV lama iaitu jenis CRT menerima siaran DTT?
Siaran DTT menggunakan dekoder MYTV boleh diterima menggunakan TV jenis baru dan lama termasuklah TV jenis CRT yang mempunyai terminal masukan audio video (AV Input).
Kesimpulannya, Perkhidmatan TV yang manakan menjadi pilihan anda semestinya perlulah bertanya pada diri sendiri mengikut keperluan dan kemampuan masing-masing, pepatah ada mengatakan "Tepuk Dada Tanya Selera"
Ulasan
Catat Ulasan