15 SEBAB SUAMI CURANG
Pernahkah anda terfikir kenapa dan apa punca yang menyebabkan segelintir lelaki curang dengan wanita lain? Tidak dinafikan, ada lelaki yang berlaku curang dengan pasangan mereka walaupun sudah lama berkahwin.
Sama ada anda tahu atau tidak, lelaki/perempuan yang curang pasti akan menunjukan tanda-tanda curang tak kira bagaimana mereka berusaha agar kecurangan mereka tidak diketahui oleh pasangan mereka.
Di bawah ini adalah 9 senarai punca dan sebab lelaki curang dengan wanita yang popular:
1. TIADA ZURIAT
Semua pasangan mahukan zuriat, namun ada juga pasangan suami isteri yang telah lama berkahwin tetapi masih belum dikurniakan zuriat. Atas alasan itu, suami menduakan isteri dengan berkahwin lagi atau menjalinkan hubungan dengan wanita lain di belakang isteri. Seelok-eloknya perkara sebegini dibawa berbincang agar tak terjebak dengan perkara-perkara yang tidak diingini. Ramai juga pasangan yang mengambil anak angkat dan selepas beberapa lama, mereka dikurniakan anak sendiri.
2. DICABAR
Perkara ini memang banyak terjadi malah suami yang baik pada awalnya boleh terjebak dalam perkara-perkara sebegini. Ada antara rakan-rakannya mencabar atau bertaruh untuk memikat perempuan yang nampak susah untuk didekati. Tujuan asalnya untuk menyahut cabaran dan tiada niat untuk berlaku curang, tetapi akhirnya terperangkap dalam hubungan cinta dan berkemungkinan terlanjur akibat mengikut nafsu.
3. CAIR DENGAN GODAAN
Lelaki yang bekerjaya serta berjaya sering menjadi perhatian. Ditambah lagi dengan rupa paras yang menarik sudah pastinya menjadi gilaan ramai gadis walaupun telah
beristeri. Jika tak tahan godaan, lelaki tersebut akan cair dan akan sanggup curang dengan gadis yang cuba menggodanya. Segala janji kepada isteri telah dilupakan kerana asyik dengan dunianya.
4. KURANGNYA IMAN
Keimanan adalah teras kepada kerukunan rumahtangga. Seorang suami yang soleh akan menjaga batas-batas pergaulan dan akan menjauhi perkara-perkara yang ditegah agama. Itulah pentingnya mendalami ilmu agama terlebih dahulu sebelum mendirikan rumahtangga kerana dia akan membimbing isteri dan anak-anak kelak. Ni solat pun masih tak sempurna, bagaimana nak kuat iman menghadapi godaan-godaan di luar sana.
5. MATA DUITAN
Bagi kaum wanita, agak malang kalau pasangan anda seorang mata duitan dan hanya pentingkan duit semata-mata. Lelaki seperti ini memang jenis yang akan tinggalkan anda apabila mendapat kekasih lain yang kaya-raya. Bagi lelaki mata duitan, wang adalah segala-galanya bagi mereka dan mereka mungkin akan tinggalkan anda begitu sahaja tanpa memikirkan keadaan anda.
6. MEMBALAS DENDAM
Atas sebab-sebab tertentu seperti selalu diperlekehkan atau dipermainkan, suami benci terhadap isterinya tetapi tidak berani membalas secara direct. Sesetengah
daripada mereka memilih untuk membalas dendam secara sembunyi iaitu dengan berlaku curang. Dengan cara itu dapat memuaskan hatinya yang sering direndah-rendah oleh isteri. Lelaki sebegini biasanya mempunyai isteri yang lebih dominan daripadanya.
7. PLAYBOY
Lelaki curang dengan pasangan mungkin disebabkan perangainya yang memang jenis playboy dan tidak boleh setia pada yang satu. Lelaki yang kaki perempuan memang pantang tengok perempuan cantik sedikit dan biasanya tindak tanduk mereka senang untuk dikesan dari cara mereka memerhatikan perempuan lain ketika anda keluar bersama. Lelaki seperti ini harus dielakan dari awal-awal perhubungan walaupun lelaki itu pandai ambil hati, hensem dan banyak duit.
8. MEDIA SOSIAL
Semua orang mempunyai akaun facebook, instagram, whatsapp, wechat dan sebagainya. Tak mustahil ada suami orang yang bercinta dengan wanita-wanita serta gadis-gadis di alam maya. Lebih mengejutkan, ada juga suami orang bercinta dengan isteri orang sehingga membawa kepada perjumpaan dan seterusnya melakukan perkara-perkara yang terkutuk. Tak salah bermedia sosial, tetapi jangan sampai melampaui batas.
9. PENAMPILAN ISTERI
Masa mula-mula kenal dulu, pasangannya pandai bergaya, kemas dan menjaga penampilan diri setiap kali berjumpa. Namun, setelah beberapa lama, pasangan mereka mula malas menjaga penampilan diri dan kelihatan serabai dan selekeh berbanding dulu. Sebab itulah, para wanita disarankan untuk sentiasa menjaga penampilan diri walaupun selepas berkahwin. Tidak dinafikan para wanita yang telah berkahwin dan mempunyai anak kebanyakannya tidak mempunyai masa untuk menjaga penampilan diri tetapi seboleh-bolehnya
biarlah kemas.
10. KELIRU DENGAN PERASAAN SENDIRI
Lelaki kadang-kadang mengungkapkan kata cinta tanpa berfikir panjang dan tidak serius dalam perhubungan. Selepas beberapa lama, mungkin dia akan terfikir bahawa anda bukanlah pilihan hatinya. Oleh kerana takut atau belum bersedia untuk memutuskan hubungan, lelaki tersebut mengambil keputusan untuk curang dengan wanita lain tanpa pengetahuan pasangannya. Hai..lelaki macam ni pun ada???
11. SIKAP ISTERI SEMAKIN MEMBOSANKAN
Lelaki kalau dia bosan dengan sikap dan perangai pasangannya, dia tidak akan memberitahu pasangannya secara terus-terang. Mungkin dia bosan dan tidak suka dengan sikap pasangan yang terlampau cerewet dan terlalu bermanja, mengada-ngada dan sentiasa mahu lelaki tersebut menurut kehendaknya. Selepas beberapa lama, apabila sudah tidak tahan lagi, maka lelaki akan mengambil keputusan untuk mencari yang lain.
12. ISTERI KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki cenderung untuk curang apabila pasangannya sudah tidak memberi perhatian kepadanya lagi. Kalau dulu pasangannya jenis caring dan sering mengambil berat, tetapi sekarang seolah-olah tidak peduli langsung dengan masalah dan aktiviti yang dilakukan oleh lelaki. Sekali sekala, sila bertanya dengan pasangan anda apa yang dilakukannya sekarang atau masalah yang dihadapinya. Dengan berbuat demikian, mereka akan merasa diri mereka dihargai oleh anda. Tapi, janganlah setiap masa anda tanya apa yang mereka buat sebab nanti pasangan anda boleh jadi rimas dengan anda.
13. KASIH LAMA BERTAUT KEMBALI
Satu lagi sebab lelaki curang ialah lelaki tersebut mungkin mempunyai kekasih lama yang berpisah atas sebab-sebab tertentu yang hanya mereka dua sahaja tahu. Kata orang, cinta lama susah untuk dilupakan dan senang untuk berputik kembali jika selalu berjumpa dan kedua-duanya masih belum berkahwin walupun sudah ada teman lelaki/wanita yang lain. Lelaki mungkin akan curang jika anda memberi perhatian dan layanan yang teruk berbanding kekasih lama mereka.
14. ISTERI KAKU DI RANJANG
Ada banyak faktor yang menjadikan seorang isteri itu kaku apabila bersama suami. Antaranya faktor kesihatan, keletihan, tekanan perasaan dan sikap suami yang terlalu mementingkan diri sendiri. Selain itu wanita timur tebal dengan sifat pemalu serta kurang pendedahan terhadap perkara-perkara yang berkaitan tentang seks. Jadi seorang isteri perlu upgrade pengetahuannya tentang seks. Ada juga lelaki kerap membandingkan isterinya dengan pelakon filem lucah dan mahukan isterinya melayaninya sebegitu.
15. ISTERI DINGIN SEKS
Tahukah anda bahawa lelaki atau suami yang normal amat-amat memerlukan seks? Sikap acuh tidak acuh isteri dalam melayani kehendak batin suami banyak memberikan kesan mendalam dalam hubungan rumahtangga. Ada suami yang lebih suka beronani daripada melakukan hubungan seks bersama isteri kerana isterinya dingin dan kaku ketika bersama. Lebih parah lagi, si suami sanggup main kayu tiga di belakang isterinya demi kepuasan seksnya. Cegahnya sebelum terlewat.
Buat suami di luar sana, anda adalah ketua keluarga. Jagalah isteri anda sebaik-baiknya kerana mereka adalah amanah yang perlu anda jaga. Buat isteri pula, layanilah suami anda dengan cara yang terbaik anda boleh berikan. Adakalanya suami anda memerlukan nasihat apabila dia alpa. Sikap saling menegur dengan cara berhikmah adalah salah satu kunci kebahgiaan rumahtangga.
Semoga perkongsian ini memberikan manafaat buat anda. Jangan lupa tag atau share artikel ini untuk kebaikan bersama.
"Seorang isteri yang baik akan cuba memperbaiki dirinya untuk suaminya. Tiada manusia yang sempurna, namun kesempurnaan itu akan terlihat dalam usaha dan kesungguhan dalam perbuatan"
Ulasan
Catat Ulasan