6 MAKANAN UNTUK BERHENTI MEROKOK


Tahukah anda bahawa merokok boleh mengganggu fungsi seksologi lelaki? Mengambil bahan yang mengandungi tembakau telah secara makmal terbukti boleh mengurangkan jumlah penghasilan sperma yang berkualiti kerana kandungan nikotinnya. Selain itu ianya akan mengurangkan penghasilan benih sperma dan menyebabkan sperma yang dilepaskan sewaktu bersama isteri menjadi kurang.

Jika anda benar-benar berminat untuk berhenti merokok secara semulajadi tanpa ubat-ubatan, maka inilah tempat yang sepatutnya anda berhenti seketika untuk membaca. Sebenarnya terdapat beberapa makanan yang boleh membantu anda untuk berhenti merokok? Jika anda berhajat untuk berhenti merokok sebelum ini, tetapi tidak berjaya... anda boleh cuba mengambil makanan yang admin syorkan di bawah ini.

Sungguhpun begitu, makanan ini hanyalah sebagai penyokong anda berhenti merokok kerana perkara yang paling penting adalah niat sebenar anda itu. Antara Makanan Untuk Berhenti Merokok adalah seperti berikut:

1.Madu

Madu secara bertahap akan melepaskan glukosa ke aliran darah. Tambahan pula, madu memiliki antioksidan yang akan membantu dalam menghilangkan racun dalam tubuh.

2.Makanan Masin

Makanan masin dapat memadamkan para pengidam rokok. Jadi, cubalah makan dalam kuantiti yang sedikit makanan masin atau mengambil secubit garam.

3.Halia & Bawang Putih

Halia dan bawang putih juga membantu dalam memerangi rokok. Rasa ‘panas’ halia dan bawang putih akan membantu anda melepaskan racun-racun yang anda peroleh daripada merokok.  Ia juga turut membantu dalam menjaga peralirandarah dan tekanan seimbang ketika anda menarik diri daripada kebiasaan merokok.

4. Kayu Manis

Jika rokok adalah sahabat yang tidak sihat, tetapi kayu manis adalah sahabat yang sihat. Ini bermakna, menghirup aroma kayu manis dapat dirasakan anda sedang ‘bermimpi’. Bahkan, memakan kayu manis juga akan menenangkan saraf dan otak, sama juga seperti anda senang enak menikmati rokok!

5. Epal

Merokok memberikan banyak racun dalam darah tubuh anda yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Makan epal setiap hari dapat memerangi racun yang disebabkan oleh rokok. Epal mengandungi banyak air dan ‘pektin’ yang membantu mengeluarkan racun dalam tubuh. Tekstur epal juga boleh mengurangi keinginan untuk merokok.

6. Susu

Ketika anda merokok, bibir anda akan kehilangan kekenyalan dan akan menjadi lebih gelap. Minum segelas susu dikatakan akan membantu menghidupkan kembali zat di bibir anda. Rasa susu memiliki kekuatan untuk membuat rasa rokok menjadi pahit. Jadi, ketika anda rasa ingin merokok, minumlah segelas susu untuk menghadapinya.

Jika anda sudah faham akan Tips Berhenti Merokok ini jangan lupa pula amalkan kerana tanpa usaha, mimpi tidak akan menjadi kenyataan.

Oleh: wom dot my

Ulasan

Catatan Popular