Buat Stesen Radio Online Sendiri

Saya akan kongsikan cara buat stesen radio online sendiri dan menguruskannya dengan hanya guna smartphone 100%. Untuk beri hiburan kepada ribuan rakan pendengar seluruh malaysia. Atau anda boleh juga buat untuk tujuan promosi bisnes, product, perkhidmatan dan sebagainya..

Contoh radio tersebut (klik disini)
Sangat MUDAH dan PERCUMA sahaja. Peralatan yang di perlukan hanyalah smartphone dan 2 aplikasi untuk menguruskan radio tersebut iaitu:

SILA KLIK UNTUK DOWNLOAD
1-. Listen2myradio Control Panel
2-. Broadcastmyself

LANGKAH PERTAMA
Selepas anda download aplikasi Listen2myradio control panel. Buka aplikasi tersebut. Anda boleh pilih nak daftar akaun guna email. Google+ atau guna facebook. Saya pilih daftar dengan facebook sahaja..

Setelah daftar. Anda taip lah detail berkenaan radio anda sendiri. Seperti link radio. Password. Server type pilih Shoutcast. Server location saya sarankan pilih UK.

Setelah selesai anda pergi kat stream details. Disini anda akan dapat code IP, PORT dan Broadcast password.. Dan dibawah sekali anda akan dapat radio address iaitu link untuk mendengar radio anda. Boleh di kongsikan link tersebut. Dan pastikan stream status ON. Setiap kali anda nak broadcast guna aplikasi broadcastmyself.

LANGKAH KEDUA
Buka aplikasi broadcastmyself tekan setting di atas sekali sebelah kanan (3 titik)

Tracks Folder: pilih folder yang anda simpan file MP3. untuk di mainkan di radio anda. (Pastikan file dalam format MP3 sahaja)

Output Mode: pilih shoutcast server
Output setting: Hostname anda masukan IP radio anda. (Rujuk stream detail di aplikasi listen2myradio control panel)
Seterusnya masukan PORT dan PASSWORD broadcast anda.

Ok sekarang segalanya sudah selesai. Anda sudah boleh mulakan broadcast radio anda dan mendengarkannya melalui link address radio anda tadi. Contoh link radio saya ialah http://elg4u.radiostream123.com

CARA BROADCAST
kembali ke muka depan aplikasi broadcastmyself (Sila rujuk di gambar)

Pilih dan tekan lagu untuk di mainkan di screen sebelah kanan.

Butang besar di tengah dari bawah sekali tu adalah untuk ON atau CONNECT ke server. Pastikan anda tekan butang ni dulu..

Butang seret di sebelah kiri adalah untuk mic. Anda boleh seret ke atas tiap kali anda nak bercakap. Dan seret kebawah untuk menutup..

Butang seret di sebelah kanan adalah untuk volum lagu. Seterusnya MODE untuk pilihan lagu berjalan secara auto atau rawak. Dan butang MUTE untuk matikan suara di phone anda tapi tetap berbunyi di radio anda. Butang STOP untuk hentikan lagu. Dan butang LOCK adalah untuk kunci semua butang supaya tidak bergerak di saat anda tersentuh tanpa sengaja.

Sekian itu saja. Selamat mencuba...!!

Ulasan

Catatan Popular