RAHSIA KENAPA ORANG SANGGUP PAKAI PAKAIAN BUNDLE


Pakaian bundle ni sebenarnya pakaian yang terpakai (PRELOVED) yang diimport dari luar negara seperti US, Australia, Canada, Jepun, UK dan negara-negara eropah lain. Pakaian-pakaian ini akan dikumpulkan dan dibungkus dalam guni. Inilah yang dipanggil BUNDLE. Guni-guni bundle ini kemudian akan dijual kepada pembekal secara pukal. Selain daripada pakaian terpakai, ada juga pakaian BARU. Kita boleh jumpa pakaian tu siap dengan tagging dia lagi. Kemungkinan besar pakaian ini dibeli dan tidak dipakai langsung atau pakaian ini adalah pakaian reject/ stok lama dari kedai.

Ape yang menariknya pakaian BUNDLE ni…???

Kepada mereka yang tak pernah @ tak minat pakai bundle ni mesti pelik kenapa ada orang suka dan sanggup pakai pakaian bundle. Sebab yang menariknya pakaian bundle ni adalah pakaian yang berkualiti tinggi terutama pakaian yang diimport dari US.

Kualiti kain dan printing memang bagus. Bagi peminat jenama, pakaian bundle ni memang jadi pilihan kerana mereka boleh dapat brand kegemaran dengan harga yang murah. Jenama-jenama besar seperti Levi’s, Polo, Oshkosh, Bonds memang menjadi pilihan peminat-peminat bundle ni.

Sebab itu saya paling ambil berat iaitu kualiti kain yang dijual, mestilah yang Gred A sahaja, kualiti kain banyak yang macam baru supaya orang yang tengok mesti tak percaya sebenarnya tu baju bundle.

Tak kotor/ berpenyakit ke pakaian bundle ni…???

Semua pakaian yang dibungkus dalam setiap bundle yang diimport telah diletakkan bahan kimia tertentu untuk membunuh kuman dan mengelakkan penyakit. Sebab itu kalau kita pergi ke kedai-kedai bundle yang pakaiannya belum dibasuh, kita boleh cium satu bau yang sama je. ini la bau yang orang panggil “bau bundle”… Bau bahan kimia yang digunakan tu..

Jadi kenapa nak malu untuk pakaikan anak-anak dengan baju bundle?

Kita pergi tidur hotel pun, tidur atas bantal & cadar bekas orang jugak, pergi kedai makan pun, makan pakai pinggan & gelas bekas orang jugak, masuk tandas awam, duduk atas jamban bekas orang jugak.

jadi jangan hina dan pandang sebelah mata orang yg pakai pakaian bundle ni..

Penulis asal: Amir Fikri
http://akuviral.com/rahsia-kenapa-orang-sanggup-pakai-pakaian-bundle/

Ulasan

Catatan Popular