Kau sendiri turun kutip Scammer


Malam Tadi tertengok Movie Tamil kat channel 202.Sedap jugak jalan cerita nya.Real habis.Lupa dah tajuk nya.Vanekem vanekem apa ntah.

Kisahnya hero beli tiket perlawanan kriket secara Online.Tapi kena lipat.Barang tak sampai duit pulak hangus.

Dek kerana panas hati akibat ditipu,Hero buat laporan polis.Tapi polis gelakan dia.Katanya kes macam ni lebih 100 report di terima saban hari.Kalau nak polis bertindak cepat kenalah.. sambil polis tu buat isyarat duit.Hero hampa betapa rasuah dan polis India bagai Kentut dengan tahik.Namun dia tetap buat cover report jugak.

(Polis Malaysia baik.Buktinya kau tengok  drama Gerak khas.Sayangi PDRM)

Bermula detik itu,hero nekad akan menjejaki Scammer ni sampai ke lubang dubur.eh silap lubang cacing.

Hero meminta bantuan kawan nya call Scammer menyamar konon2 nak beli barang dalam masa yang sama hero search lokasi panggilan tersebut menggunakan aplikasi android.Dan berjaya detect!Hero mula aturkan rancangan mengintip sang Scammer ni selama beberapa hari.

Bila tiba waktu yang tepat,hero dan kawannya menculik Scammer lalu sumbat dalam bonet .Di bawa Scammer ni ke tapak pembinaan yang terbengkalai.

Scammer ni di ikat pada tiang.Baju seluar ditanggalkan.Cuma pakai boxer ajer si Scammer ni.Hero belasah dengan getah paip air sambil lidah berlipat.Tujam
terkencing2 Scammer kena bedal kat tapak kaki.Scene ni buat be zam naik minyak!

Setelah lembik kena bedal,hero suruh Scammer ni mengaku sambil kawan hero merakam video.Selepas tu hero pow semua duit dalam wallet dan 2 biji smartphone.Selepas hero puas hati barulah diserah Scammer tu kat Balai polis.

Moral movie Tamil ni bagi tahu tak usah berharap sangat polis nak cari.Macam2 prosedeur nak kena hadap.Dari buang masa menunggu lebih afdal Kau sendiri turun kutip Scammer ni.Dan kepuasan dapat henjut Scammer lebih lazat dari malam pertama.Percayalah !
Vanekem.

Credit: Azam Shah

Ulasan

Catatan Popular