Kepala serabut? Stress? Meh baca tips Be zam
Tiada manusia yang tiada masalah melainkan dia sendiri bermasalah.Sedar tak saban hari kita sentiasa serabut.kau sedar tak apa yang buat kau serabut sangat tu?Tak tahu?Itulah masalah nya.
Umur baru 23 tahun tapi air muka macam 32.Duk pikir masalah siang malam boleh buat muka kau tua gogot sebelum umur tau.Malah penyakit dengan laju nya akan hinggap.Belum sempat bertikam dah jalan.Ruginya.
Malam ni be zam share tips yang be zam amal sejak sekian lama.Tips ni Senang je sebenarnya.Tanpa modal.Tanpa ubat kimia ke hapa.Malahan boleh buat kau awet muda!!
Pertama sekali kau sedia kan 2 bahan.
1)pen
2)kertas
Kemudian kau tulis apa sebenarnya masalah dalam kepala kau kat atas kertas.Diulangi tulis atas kertas.Jangan sesekali kau tulis kat wall fb mahu pun IG.Spesis tulis masaalah kat media sosial ni lah yang bertambah lagi masalah.Ingat tu.
Bila kau dah tulis masaalah kat atas kertas kau akan dapati satu rasa yang aneh."ehh kenapa aku serabut erk,takda lah banyak sangat,takdalah susah sangat " YES !! Siapa buat akan tahu rasanya.
Lepastu nak buat apa?
Dari masalah yang kau tulis tu,bawahnya cuba kau fikir macam mana nak atasi masalah tu? Tulis cara tu..TULIS !!! Bukan sekadar fikir .
Jangan biarkan otak kita berfikir terlalu banyak perkara.Ini laa punca korang serabut sebenarnya.
Dah tuliskan cara nak setel? Okay cara tadi tu sahaja yg korang kena masuk dalam otak dan fokus dengan cara itu.
Adakah Masalah akan selesai?
97% masalah akan setel tanpa perlu senak otak.
Kesimpulan nya jika korang fikirkan masalah,sampai mampus masalah takkan habis dan setel.Sekarang ni cuba kau buat apa yang be zam share tu.Cakap besar tu tak,kau renung ajerlah gambar jejaka 4 siri yinni.Ada sorga di wajahnya kan!
Credit: Azam Shah
Ulasan
Catat Ulasan