Tips memutihkan gigi tanpa modal


Perokok dan penggemar kopi biasanya gigi akan kuning dan berkarat.Nak romen bini,bini pun lari tak selera tengok gigi macam lantai jamban.Yang bujang pulak nak tekel awek tak berani.Akhirnya terpaksa bersendiri melayani kesepian dengan lifeboy menjadi saksi bisu.Oh kejam nya.

Maka usah gundah gulana nak muda.Hari ni sebelum nak gerak gi masjid,be zam kongsikan 1 petua mujarab  yang Be zam amalkan khas untuk sahabat  yang sentiasa follow dan support post Be zam.

Bahan yang diperlukan.

Kulit pisang.Kulit pisang kelat lega,pisang emas dan pisang nangka be zam syorkan.Jika tiada,boleh guna mana mana kulit pisang.

Kulit pisang cukup power menghalang pembentukan kaviti dan bertindak sebagai ejen takaful.. eh typo..ejen peluntur pada warna yang melekat pada gigi.Tiada yang sia sia benda yang Allah ciptakan.

Cara Amalkan.

Sebelum nak masuk tidur, kau gosok gigi  mcm biasa.Kemudian ambil kulit pisang(sebelah dalam) gosok lah pada gigi. Selepas 5 minit kau boleh pilih untuk biarkan atau berkumur.Kau praktis lah.Insya allah seawal 3 hari dah mula nampak perbedaan nya.

Masih belum terlambat untuk kau mencuba petua ringkas lagi mujarab ini.Errr..Yang pagar dah takda Be zam mintak maap.Tak boleh ejas.

Kini kau bebas tersenyum pada dunia.Semoga bermanfaat.Lebiu!!

Credit: Azam Shah

Ulasan

Catatan Popular