8 FAKTA PENTING NI BUATKAN ANDA SEDAR, BETAPA SENANG NAK JADI PENGASAS PRODUK DAN SELAMATKAN ANDA DARI DITIPU AGEN TAK BERTANGGUNGJAWAB!
“Dulu saya ingat nak jadi pengasas produk kecantikan ni susah sangat dan perlukan modal yang sangat besar. Rupa-rupanya pengasas-pengasas ternama pun semua buat kat kilang OEM.”
“Saya pernah buat produk sebelum ni. Tapi saya tak pernah pergi kilang, kilang kat mana pun tak tahu dan rupa-rupanya harga yang saya dapat tu mahal gila. Baru saya sedar yang selama ini saya dok deal dengan ejen, bukannya direct dengan kilang”
“Mana nak cari kilang OEM yang boleh bagi harga yang munasabah, ada lesen yang lengkap dengan GMP dan pendaftaran KKM dan boleh membantu saya dalam hal-hal lain seperti design, percetakan dan pembungkusan?”
NAK TAHU? KLIK DISINI SEKARANG
APA YANG TUAN PUAN MESTI AMBIL TAHU TENTANG KILANG OEM?
1. LATAR BELAKANG KILANG
Sebelum nak decide kat mana nak buat produk tu make sure dah tahu kilang kat mana, kalau boleh kena lawat jugak kilang at least sekali. Kena kenal jugak siapa owner kilang tu dan dengan siapa kita berurusan takut-takut nanti tersalah berurusan dengan musang berbulu ayam! Pastikan deal DIRECT dengan kilang atau wakil sah kilang kalau tak nak modal lebur, produk tak nampak bayang.
2. LESEN DAN AKREDITASI
Kalau dah sampai kilang tu tanya-tanyakanlah apa sijil yang ada kat situ? GMP, MESTI, ISO, HACCP, HALAL dan sebagainya. Jangan terjebak buat yang kat kilang yang tiada apa sijil pun sebab kalau Tuan Puan nak pergi lebih besar nanti, atau nak masuk iklan TV, redio, majalah, surat khabar dan sebagainya atau nak masuk pasaran eksport nanti, mereka pasti nakkan pendaftaran produk dengan KKM dan sijil sijil kilang yang berkenaan. Kalau buat kat kilang yang takde semua ni camana nak cekau?
3. TRACK RECORD
Bila dah kenalpasti kilang tersebut cuba tanya keliling kilang tersebut pernah buat banyak produk yang TOP tak? Atau produk yang keluar suam suam kuku jer? Berapa banyak kilang tu pernah keluar produk yang paling meletup? Ada tak produk produk keluaran mereka pernah jadi fenomena pasaran? Kalau sentiasa jer ada produk keluaran tu dalam carta Top 10 maknanya Tuan Puan dah buat pilihan yang tepat.
NAK MAKLUMAT LANJUT? SILA HUBUNGI KAMI SEGERA KLIK DISINI SEKARANG
UNTUK MEREKA YANG SERIUS NAK BERJAYA DALAM INDUSTRI PRODUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN SAHAJA KERANA KAMI
4. BUKAN SEMBANG KOSONG
Kami sudah berada lebih dari 10 tahun dalam industri kesihatan dan kecantikan. Syarikat kami merupakan sebuah syarikat yang teguh dan sentiasa berkembang pesat. Sehingga ke hari ini, syarikat kami berdiri teguh diatas 3 fasiliti dengan keluasan melebihi 40000 kaki persegi dan masih lagi membesar. Kekuatan kami juga akan mempastikan sokongan yang teguh untuk produk anda bersama-sama berkembang.
5. BIAR REKOD KAMI YANG BERCERITA
Kilang kami tidak pernah sunyi dari mengeluarkan produk-produk fenomena yang menduduki carta teratas dari segi jualan dan publisiti sejak kami mula ditubuhkan. Sebut jer 5 nama produk paling popular pada setiap masa, pasti produk keluaran kami ada di situ. Jenama produk keluaran kami menaja program-program TV seperti AJL, Da’i, Rancangan Bersama Mu dsb… keluar TV, berkumandang di stesen-stesen radio, majalah juga popular di internet.
Jualan produk ini meletup kerana produk yang kami hasilkan berkesan dan punya nilai repeat order yang tinggi. Kalau kami mampu buat produk- produk fenomena jangan tanya pasal kapasiti pengeluaran kami kerana kami mampu keluarkan ratusan ribu unit produk sebulan.
6. KUALITI DAN KESELAMATAN PRODUK
Kilang kami lengkap dengan akreditasi GMP (Amalan Pengilangan Baik) yang di kawal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan di audit setiap tahun oleh KKM. Kami juga punya Sistem Pengurusan Kualiti yang diaudit dan diiktiraf ISO9001.
Tak perlu risau tentang kualiti dan keselamatan produk kerana ianya adalah terjamin. Kalau nak eksport produk ke luar negara pun tak perlu risau kerana keperluan ini telah dipenuhi.
7. FASILITI SERBA LENGKAP
Tuan Puan boleh datang ke kilang kami bawa idea dan modal sahaja. Kalau takde idea pun takpe, sales manager kami akan bantu. Kami punya servis lengkap di bawah satu bumbung seperti formulasi, design, percetakan, proses dan pembungkusan.
Kami juga boleh bantu anda dari sudut training, marketing dan pengiklanan melalui ramai rakan sekutu kami yang juga punya track record yang cemerlang. Tak perlu nak pening kepala dan terkejar-kejar kesana dan kemari membuang masa dan tenaga. Biar kam bantu Tuan Puan.
8. DEAL DIRECT DENGAN KILANG
Jangan terperangkap dengan janji-janji manis agen bebas yang akhirnya mungkin menyebabkan kos produk anda mahal akibat markup harga yang keterlaluan, produk anda sama dengan beberapa produk lain dan anda tidak bebas membuat pilihan bahan yang anda inginkn.
RAMAI DAH SUKSES DENGAN KAMI
SEMUA DAH KAMI HIDANGKAN DEPAN MATA
TUAN PUAN BOLEH TUNGGU DAN TENGOK SAJA ORANG LAIN BERJAYA
KLIK DISINI SEKARANG
Ulasan
Catat Ulasan