NASI AIR PALING SEDAP ADA DI TEMERLOH


Dengan ini, saya isytiharkan di sinilah Warung Nasi Air & Mee Celup paling sedap.

Dikenali oleh penduduk setempat di sini sebagai Nasi Air Bawah Pokok. Terletak betul-betul bersebelahan Panggung Wayang Lama Temerloh.



Hidangan nampak simple, sedikit kubis cina, bebola daging, hirisan daging, bilis goreng dan telur masin.

Tapi, sekali hirup.. fuhh..! Saya tidak jumpa apa perkataan yang paling sesuai. Mungkin 'Nyaman'.


Serius saya dapat rasa originality sup 'celup' di sini. Bukan seperti di kebanyakan tempat, terlalu kuat rasa MSG, takpun terlalu manis.

Nak kata lite, tapi penuh rasa. Nak kata adunan rempah-ratusnya meriah, tapi tidak terlalu kuat. Senang cerita, inilah rasa kuah sup 'celup' yang sebenar.


Digabungkan dengan bebola daging yang seksi bergetah di dalam mangkuk. Bila digigit terasa kekenyalan dan kerangupannya. "Kcakks!" giteww. Rasa daging yang asli dan fresh. Saya tidak pasti samada dibuat sendiri atau dibeli.


Dan yang paling penting, beberapa ceduk serbuk cili ini, bila berasmara dengan sup tadi, Allahu.. Nikmat apalagi yang mahu didustakan..

Nikmat Wallaweh!


Harga yang Biasa cuma RM3.50, manakala Special RM6.00.

Dibuka setiap hari, kecuali Ahad. Bermula pagi, dan tutup pada sebelah petang.



Nak tahu mana taukehnya? Ada sahaja setiap hari, terselit di celah-celah pekerja. Kadang, mungkin anda juga sangkakan mereka pekerja. Begitu humble, berpakaian biasa dan sama-sama turut bekerja. (Gambar: Penulis bersama owner lelaki, Pakcik Manap.)


Namun, disebalik kejayaan mereka sekarang, ada cerita jatuh bangun yang amat memeritkan. Nanti jika ada masa, saya akan kongsikan.



Opps! Sebelum terlupa, saya juga ada termakan kuih koci di sini tadi. Pada hemat saya, juga antara yang paling sedap pernah dirasa.


Dari sebuah warung kini dah ada 1 cawangan baru. Bukan lagi warung tapi restoran.

Salam Sendawa,
Wan Muhammad Aliff
(Penjejak Warung Lejen)

Credit: Warung Lejen

Ulasan

Catatan Popular