50 Tahun lalu & 50 Tahun kini
50 Tahun yang lalu menantu takut sama mertua,
Kini mertua takut sama menantu.
50 tahun yang lalu
Anak2 lemah lembut pada ibu bapa,
Kini ibu bapa harus lemah lembut dgn anak2 sbb takut anak lari dari rumah.
50 Tahun yang lalu
semua orang harus mempunyai anak ramai,
Kini banyak yang takut ramai anak
50 Tahun yang lalu anak yang berbakti pada orang tua,
Kini orang tua yang berbakti pada anak.
50 Tahun yang lalu lelaki mengejar wanita,
Kini wanita yang mengejar lelaki.
50 Tahun yang lalu urusan menikah senang, tpi cerai susah.
Kini urusan menikah susah dan cerai sangat mudah.
50 Tahun yang lalu kenal dengan semua jiran/tetangga,
Kini tidak ada yang kenal dengan jiran/tetangga.
50 Tahun yang lalu harus makan banyak lemak kerana kuat bekerja,
Kini takut makan makanan yang berlemak takut klestrol.
50 Tahun yang lalu rakyat takut dengan kerajaan,
Kini kerajaan yang takut dengan rakyat.
Betul kah ini?.
50 Tahun yang lalu malam hari semua jendela/tingkap dan pintu rumah cuma ditutup tidak dilock pada saat tidur,
Kini siang hari pun jendela/tingkap dan pintu harus ditutup dan dilock dgn kendadu besar.
50 Tahun yang lalu tidak mudah mendapatkan apa yang disukai,
Kini asal suka mudah sekali mendapatkannya.
50 Tahun yang lalu merantau (orang desa ke kota),
Kini orang kota lari ke desa.
50 Tahun yang lalu hanya anak muda yang menggunakan baju berbunga bunga,
Kini orang tua menggunakan baju berbunga bunga.
50 Tahun yang lalu semua orang ingin gemuk supaya terlihat makmur, kini semua orang diet.
50 Tahun yang lalu orang kaya berpura pura miskin,
Kini orang miskin berpura pura kaya.
50 Tahun yang lalu meminjam wang ke bank sangat susah (ngemis),
Kini semua bank terus menawarkan pinjaman.
50 Tahun yang lalu satu orang berkerja menyara hidup seluruh ahli keluarga,
Kini semua kerja untuk menyara seorang anak.
50 Tahun yang lalu, bila dirumah ada orang tua itu bermakna kita keberuntungan,
Kini bila ada orang tua semua lari tidak mau dirumah betul kah ini.
Ini satu lawak tpi ada juga betulnya......
Ulasan
Catat Ulasan