Gila!!!....Isteri Gigit TELUR Suami Hingga Putus


SEORANG lelaki terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan pada salah satu testikal miliknya dalam satu kejadian di bandar Taichung, Taiwan, baru-baru ini.

Memetik sumber, mangsa yang dikenali sebagai Wang itu dilaporkan kehilangan testikel pada bahagian kanan akibat digigit hingga putus oleh isterinya, Hsieh ketika mereka sedang ‘bermadu kasih’.

Menurut Hsieh, kejadian tersebut sebenarnya adalah tidak disengajakan dan akui panik dengan keadaan itu dia segera menghubungi ambulans kira-kira jam 2 pagi.

“Saya tak sengaja tergigit ‘telur’ dia sampai putus!” katanya dengan nada panik.

Setibanya ambulans dan paramedik tiba di rumah pasangan berkenaan, mereka mendapati Wang yang memakai baju tidur sedang menahan sakit sambil memegang mangkuk yang mengandungi testikelnya yang sudah putus.

Wang kemudiannya segera dibawa ke Hospital Tungs bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

Susulan itu, Penyelia Jabatan Kecemasan Hospital Tungs, Doktor Lu Li-hua berkata skrotum mangsa telah berjaya dijahit namun tekstikalnya tidak dimasukkan kerana bimbang dijangkiti kuman.

“Kami bimbang yang testikelnya tidak dapat berfungsi kembali seperti normal, yang boleh menyebabkan ketidaksuburan di masa depan,” jelas beliau.

Tambahnya lagi, Wang juga perlu menjalani pemeriksaan lanjut bagi mengetahui sama ada insiden tersebut bakal memberi kesan kepada kesuburan Wang ataupun tidak.

Sementara itu memetik sumber lagi, Hsieh sebenarnya mengalami masalah mental dan insiden berkenaan berlaku akibat daripada keterujaan yang melampau ketika itu.

Ulasan

Catatan Popular